Thursday, September 30, 2010

Updates

Semalam utk kesekian kalinya balik lewat sket dari school. Dah lama tak stay back and balik malam2 buta..tak la malam buta sangat hehe...sejak2 lepas raya ni yg start stay back kat opis and perabih kejer for the day. Kuar dinner kejap then masuk opis balik sambung. I should have known that editing work is a whole lot tiresome than writing from scratch itself. Neway, selagi chris ada kat opis, aku pon lepak gaks la agik wat kojer..dia balik, aku pon chalo laaa..hihi kureng brani sket..
.
So bila aku tido lewat dari waktu2 kebiasaan aku nih, idaklah aku terjaga awal2 sangat dalam kol 3 pagi gitu ngadap laptop. Anyhow yesterday was extraordinary nyer penat..tapi tengah sedap2 tido..lenaku terganggu ngan bunyi misteri kat umah sebelah!..misteri beb..aku cam tertunggu2 gaks kot2 ada bunyi tembakan ker apa laks..tp takder..so maknanya bunyi pompuan yg macam melolong kat umah sebelah tu gamaknya dia tgh pojek la tu aku assume hahaha
.
Semalam gaks belah pagi dapat phone call dari yanie kata Tok Pa nak gi umah dia for dinner malam tadi. hahaha terkujattt member hahaha. Yer lah..last minit notis, member tu kejer..farid kat school. Masak mmg takyah masak..sbb food akan di cater and bawak gi umah jer. Tok Pa memang ada sini ada urusan..and sementelah tu just nak visit student2 kot. Haritu ada program dialog Tok Pa ngan student/officers kat shangri la the rocks..tapi aku tak gi pon. Last2 konar punyer konar..selamat yanie..hehe tala kan pada orang lain hehehe..idak kalu, sejarah gaks kat dia..menteri mai umah..aku pon semalam kalau jadi tu, dah ready2 nak panggil si yanie datin nih hehehe marah dia hahaha
.
Weken lepas gi mesia fest, annual event kat sini. Gegambo ada..tp alahaii maleh beno nak haplod. Nantilah aku buat..maybe this weekend kot sbb senin cuti public hols..and yeah, as if it has any difference on me. oh yes ada..universiti cuti.
.
Harini 30hb yer? yes, hari yg kunanti2..duit conference NZ tu katanya akan masuk harini...baru boleh proceed beli tiket, buat plan segala..hehe plan patutnyer boleh buat dah awai2..tapi ahh manyak keja lain agik nak kena pkir dan setel.
.
Lagi apa updates eks? ahh ingat nak beli sikit currency usd..sbb US dollar tengah jatuh skang ni..or AU dollar ker yg naik ntah..hehe..beli sikit then simpan, tahun depan tukar balik..maybe masa kat mesia kot.
.
Owhh lagi satu, ada ex colleaque amran offer dia kejer kat tpt lain yg pay dia double than what he's earning here..tp lom sure nak take up tang ni. Still fresh news ni. See how it goes. Aihh makin macam2 laks datang bertubi2 eks. See...banyak menda yg kekadang didatangkan pada kita di saat2 kita getir, samada memang rejeki atau dugaan sahaja..

Wednesday, September 29, 2010

Ticked

So every problems should have solutions right?
.
A minor one was solved yesterday, thank God.
.
Few more to settle with.
.
life....
.
Anyways, semalam ada majlis raya organized by khazanah nasional. Aku dan few others terpinga gaks memula mikir sejak bila ada khazanah office kat sydney..tapi memang takder rupanya..the HR people datang sini untuk interview for prospect employees and also to promote some of the programs. And depa terus sponsor majlis raya.
.
Baru berjumpa yanie and puas sembang sakan2 ngan dia sbb masa raya tak berjumpa. Last weken dia ada gaks masa petronas nyer majlis raya kat restoran abg sam..tp member tu lambat sket so tak dok the same table..tak sempat nak jolly molly citer sakan. She was a bit behind with all news and issues surrounding me these past weeks. Malam tadi, puas. Broke the news to her. I mean, of the possibility of the occurrence. Member terkezut sakan tho it's not final yet. hehe...
.
Owh yeahh...so the good news i've wanted to hear last monday? yeap that one, ticked. Alhamdulillah.

Tuesday, September 28, 2010

Versus

I have two options:
.
Mission possible (sapphire).
.
versus
.
Mission impossible (diamond).
.
So now, as if i have nothing better to do...i'll try to solve the mission impossible.
.
See if i can make the impossible turned possible.
.
If dead end, then that's when i can say...it's fated and life goes on..
.
hehe..macam takder kojer jer gayanya kan kan?? haha

Saturday, September 25, 2010

Waiting

.
I'm waiting for a stream of good news to come my way..well..to torch me some light of the future.
.
Perhaps the closest one is this monday?
.
Another one probably next month..towards the end of it maybe.
.
Plus one more in november i guess.
.
Ahh..there should be another one in january next year i suppose.

Thursday, September 23, 2010

Spring flower




at uni, nearby my school.

Wednesday, September 22, 2010

Semakin hari semakin sayang

Semakin beso beg semakin segala menda nak buh kat dalam. kan? ker tak?

Thursday, September 16, 2010

The truth

Sebenarnya...dunno why dunno what happen, aku macam hilang semangat, de-motivated untuk teruskan penulisan aku yg tinggal seciput jer nih. Actually menda ni dah going on for quite a while dah ni..in fact sepanjang2 bulan posa haritu agik dah. Nak kata out of schedule, smlm aku glance pada schedule aku (yg jarang2 aku glance hehe)..honestly, i'm still on track. Miracle laks rasanya..lama tak tengok jadual kejer..dok jalan heret kaki jer melalui hari2 mendatang..like just follow the flow and the heart gitu..rasa macam dah terkebelakang sangat dah aku nih...tup tup nengok kat schedule tu, aikk still on track. Nak kata nak balik cepat2 pon, idak jugak..i love staying here..aku rasa byk benefit la study kat oversea ni..and dunno maybe my case per se jer ker apa, i think i benefit much from this school and uni...3 years kat sini, rasa2nya aku sempat gaks grab opportunity sana sini..boleh laa..
.
..but i loath laaa prolonging this study..hehe...3 tahun makan menda yg sama beb..teringat aku si warat ada kata dulu masa dia kat stage aku ni, ' u imagine u have the same menu, and only one menu for 3 years?' and for me, that 3 years has just over, now going into borrowed time.
.
Yeah..so now i know how it feels like.
.
Neway, dah baca policy for thesis submission..outlined some plan ahead. Let's just hope things work nicely.

Wednesday, September 15, 2010

Just to let you know..

I've been getting emails and ym messages from friends in my yahoo contact list, giving crap links or crap chat messages..of which i know they're spam. I know this has been going on since ages, but i have stopped receiving such..until recently. The latest one yesterday was an email from a senior, an ex-sydneysider who's quite an alim warak orangnyer..but his email contains a link that has some sex or horny words in it! And i truly believe everyone in his contact list received that one too..sheeeshhh! i hope u guys didnt get anything crazy like that from my email yea! i know at times i'm a lil' crazy myself too hehehehe but no i dont send out crazy emails such as that. Oh well...., if u receive an email from me saying how i have missed you, that might be me heeheehee hahaha..but never click on whatever spam links there. I once clicked a link of blog address given by a good friend of mine, thought it's her new blog address..turned out, redirected elsewhere! That's when I thought of the extra benefit of starting a ym conversations or emails with a salam, at least it can assure us that, that's validly from our friends.

Monday, September 13, 2010

Raya in sydney

Dah 4 syawal dah kan..bila nak posa enam nih? hehe..
.
1 syawal - friday, as usual pepagi aku ke malaysia hall untuk solat sunat raya. Weather was nice that day. Ramai students yg datang tapi rasanya tak seramai last year. Last year lelaki sampai kena naik tingkat atas kat surau kecik hall tu. Undergrads ramai yg gi solat kat unsw jer while PR (permanent resident) ramai yg ke masjid arncliffe biasanya. Takbir kat mesia hall start kol 7.30am, semayang 8.30am. Lepas setel bermaaf-an dan bergambar2an ngan kengkawan...kitaorg konvoi as usual to few houses. Gi umah nora/jumadi kat eastlakes, then umah kak jee/tn hj zahar-consulate malaysia kat riley park, then kak nora-pegawai mara kat maroubra..then balik umah rehat2. Aku buat mee bandung jer pon, so setel2 sesikit then sempat tido se round. Lepas maghrib depa2 mai umah..wai, nora hazizan, noreen. Lepas tu aku and wai ke umah midah-wife petronas officer kat rosebery. By now ni pancit ngan makan..hehe makan dan makan lagi..huhuu..
.
2 syawal - saturday, ada org datang umah utk house inspection belah pagi. Aku kuor umah jer..gi kmart kat bondi kejap beli some stuffs...then balik siap2 gi ke umah azman/ayu laks kat maroubra..pastu ke mesia hall laks untuk raya open house by msd. Tu diahh umat sebegitu ramai..mmg everyyear ramai..food are in abundance..tp sebab nak queue panjang for each food tu, kami aku wai tak amik apa2 pon..maleh..saja meet up with friends...amik2 gambo..dengo katanya queue sampai 20 minit for one dish..tp kak jee yg ada situ gaks tolong amikkan for us one or two dish..nak bagi merasa. Dia potong queue jer terus sbb dia org penting..org dapur..salah sorang yg masak for that event. Dok sat, then gi beraya ke correlle factory outlet laks hehe..tapi tak rembat apa2 pon..
.
3 syawal - sunday, gi balik correlle setelah made up mind and finalized decisions hehe..yer lah kan..correlle tengah 40% sale, so nak beli baik beli skang..balik mesia sok, rege mahal. Aku pon top up gaks apa2 yg aku ada tu..pastu terus ke umah julie kat hillsdale..then balik jerlah..
.
Tu jer lah sambutan raya kalini...it was okay..the feeling was a bit low this time dunno why..but i enjoyed my raya nevertheless. Best la masa raya ni baru jumpa dish traditional raya yg memacam and sedap2 laks tu..tp sekali pon aku lom jumpa lemang..also masa solat raya kat mesia hall and time gi visit umah kengkawan and officers tu, masa ni lah ada kesempatan utk jumpa kengkawan mana2 yg jarang2 jumpa tu..juga masa ni berkenal2an mana2 yg lom kenal..membina dan mengeratkan silaturrahim...so my raya, overall it was good for me.
.
Ni harini plannya nak back to school...owh yea parcel dari mesia sampai in the nick of time, hari khamis tengahari tu. Kuih2 sumer tak kena confiscate laks rezeki..walaupon ada gaks yg berderai hancuq lebuq..kuih makmur yg aku ngidam tu tinggai tang inti kacang nyer je hehe..but some others ok jer..in fact samprit and tart nenas elok molek jaa..also, hari khamis last week tetiba aku dapat pc baru laks kat opis tu..entah apa mimpinya school tu..agaknya ada bajet lebih kot tu yg depa beli pc baru for us all...aku suka la of kos kan..hehe. Kalau tak silap aku, present pc aku tu pon baru dalam 2 tahun jer pakai..so last week dah transfer beribu2 lemon photo files..ni karang nak sambung with all documents laks..sebelum panggil org IT utk setelkan urusan install and plug the new pc.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
.
Maaf Zahir & Batin
.

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

From Sydney with love

.
Bulan Ramadhan yg penuh berkat dah nak ker penghujung sangat2 dah...masih ada harini dan esok..semoga aku dan juga kamu-kamu dapat buat yang terbaik dan mendapat ganjaran terbaik juga, insyaallah. Setakat hari ini, ramadhan kali ni memberi penuh makna sekali lagi pada aku personally dalam beberapa segi...dan bagi pengajaran pada aku in some respect...aku jugak rasa aku boleh nampak, 10 malam awal dikatakan fasa rahmat kan, byk jugak perkara2 baik yg berlaku masa ni, serta rezeki2 yg masuk alhamdulillah...10 malam terakhir pulak dikatakan fasa pengampunan kan..aku pon tak baper sihat all the way those days, dugaan pon mula datang on those days too...and i take it as that's one of the small ways of menghapuskan dosa2 kecil yg aku ada lakukan di masa lalu.
.
There are still few things or issues that boggles my mind and pretty depressing too but when i come to think of it, apa lah sangat nya menda2 tu kalau nak dibandingkan dengan orang lain yg lagi besar dan challenging dugaan depa kan...so aku pon terus jadi bersabar dan berfikiran terbuka utk menangani. Bila aku duduk diam2 dan bermuhasabah diri, aku rasa setakat ni idaklah terlalu susah jalan aku selama ni...quite dipermudahkan jugak la alhamdulillah..ada masalah yg melanda, ada jalan buntu yg dihadapi dalam hidup kat sini ni...tp samada they are too small to mention or aku quickly dapat jalan penyelesaian which to me, adalah rezeki juga in one way or another..jadi apa2 pon, aku bersyukur atas segalanya.
.
Aku mencuba jugak seberapa baik ramadhan kali ni walaupon mungkin tak terbaik..tapi harap2 diterima segala amal dan doa2 aku. Berbuka posa sangatlah sempoi dan ala kadar..bangun sahur is such a joy for me..hehe i mean nak gerak si dia bangun tu mmg such a joy hehe..dgn macam2 helah dan tactic aku nih hehe...tau2 jer lah perangai gegiler and playful aku ni..daripada menyanyi lagu2 zaman budak2 dulu sampai lah ke treat dia macam budak2 darjah 2 nak kasi bangun! hehe..such memories..sib dia sabar ngan karenah aku hehe..tp semalam hati aku jadi kembang kuncup jugak bila dia citer..colleague dia si dave tu cakap kat dia, 'she always make u happy ya mate' to which he agreed hehe sbb dave kata boleh notice tiap kali dia on fon ngan aku, mesti ada yg dia terkukik tergelak2 when he's always been too serious at work. Dan paling bermakna pada aku bila dalam keadaan macam ni..dia kata aku adalah kekuatan dia. For someone who very seldom say something like that, ianya adalah sangat menyerap ke dalam hati ini..
.
Anyways, dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN atas segala kata2, tulisan2 aku yg kadangkala ganas dan bisa menyinggung perasaan korang..jadi kengkawan yg kukasihi, enjoy your raya wherever you are across the globe..drive safe, eat well and see ya guys in one piece and hopefully with additional kilograms in weight! (kata2 org yg mendengki tak dapat makan best2 during raya! hehehe :P)
.
Lots of love..

Tuesday, September 7, 2010

Monday, September 6, 2010

Weekend: Out and about

Few days before start weekend baru2 ni, aku down with flu and fever. Lama gaks rasa tak demam2 sakit2 badan for real camni hehehe..so makan ubat and pakai snow jacket dok bawah selimut hehehe and alhamdulillah weken getting better and skang ni pon ok dah.
.
Saturday belah pagi seperti biasa keluo gi beli grocery..biasanya kalau kitaorg gi grocery, mmg pe'el nyinggah ke royal randwick, oriental at randwick and then coles @ eastgarden. Setengah barang ada sini, setengah ada situ..and altho coles tu takat sepelaung jer dari umah aku ni ha...ada org tu suker bebeno gi eastgarden shopping centre..terus jenjalan window shopping katanya. Owh yea ada lagik tempat yg jatuh wajib nyinggah gaks..kedai tools or hardwares memana tah..total tools la, repco la, super cheap la, bunnings etc. Some times aku ikut dia gi, but most of the times aku tak ikut ah. Lepas shopping2 grocery tu, aku mintak dia drop jer aku kat umah and dia gi lah memana kedai tools dia nak gi. For us, mmg convenient gini lagi sbb dia pon can take all his time browsing tools and parts or hardwares without the need to think of me yg kebosanan dan mengekorrrrr jer dia dari blakang.
.
Then malam tu berbuka posa kat mesia hall. Abg sam yg masak for MAS, who sponsored iftar haritu. Quite ramai gaks..ni kali kedua aku gi berbuka posa kat mesia hall for this year. Masa terawih ngantuk2 tak hengat..pak arab yg imamkan..lamaaaa hehehe even qunut dia masa witir pon lain sket bacanyer bukan qunut biasa tu..and yeap panjang lebo..
.
Sunday semalam pepagi gi anto yanie and farid ker aiport. Depa balik mesia for raya. Sedeyyy la gaks dia balik..but then sama cam last year depa balik gaks. Depa transit kat gold coast dulu before amik flight balik mesia. So mek tu meronda harbour side la tu dah tentuuuuu hehehe. Then balik umah just lepak2 kat umah jer..kemas2 apa yg patut, berehat2, golek2 atas katil. Berbuka posa kat mesia hall gaks, smlm sponsored by msd and other government agencies kat sydney ni. So government officers mostly and some some student committee members gotong royong dengonyer masak kat hall. Sedappp masakannya. Tapi semalam dah lengang dah ngan students yg datang. Memang lengang sangatlah...kak jee who lead masak memasak tu smlm kata dia masak banyak la pulak coz the day before sampai tak cukup nasi laks..tetiba lengang hehe masa nak balik smlm tu dia soh gaks bawak balik nasi..nasi daging agik tu..but sbb ingat tak de nak makan nasi bersahur, tak masak and ada plan lain..so tak amik pon lah.

Friday, September 3, 2010

Round 2

hrmm...a day before yesterday masa nak balik dari school tu dapat phone call from agent umah ni, katanya landlord nak juai umah ni as she's moving out from sydney...haihhshh...mula dah la tu...last time, the new buyer of the house we stayed wanted to stay there so we had to move out. anywayy, katanya nak cari investor so like our stay wont be affected by it. hrmm....entahlah eks...
.
so serabut nyer serabut...nak kena mikir start all over cari umah, packing unpack and all....last2 aku come out with an idea.....ginilah, andaikata kena move out and cari umah baru..masa nak packing barang2 ni, might as well pack betui2 terus and ship balik mesia. pi mari pon 1st quarter of next year dah nak kena buat menda ni gaks..tak lama dah tu. and also if possible, cari umah fully furnished ker, biar lah studio pon coz tak lama dah..hence, furniture umah ni boleh juai or bagi2 kat juniors dah. so by the time nak balik for good sok, half of our misery should have be taken care already. hah abes citer.
.
newayy, tengok status aku kat umah ni gaks nanti...kot2 tenancy leh sambung..tapi ni ada possibility increase rent ni. kalau increase sikit takper la, coz i've stayed at one that's higher than this one before. tapi kalau mahal naiknyer, cannot la..we'll see. aku pon smlm terus recce2 dah ngan kengkawan kat mesia tanya kalau ship barang perlu kita jugak ker be there to collect. she said not necessary, cari runner pon boleh..terus deliver at front door. bagusss..cuma mungkin charge mahai sket situ..and also not sure of the potential for the barang to be hijacked. but at least i have options there. so i'll just keep it in kiv.

Thursday, September 2, 2010

aiseyyy...

hrmm....ekceli kan...silap la aku tak anto gambo and ucapan kat salam perantauan this year...as this will be my last raya in sydney insyaallah...aiseyyyy....

Wednesday, September 1, 2010

Memory

Ada member aku baru2 ni ditakdirkan tertinggal kamera dslr dia..aduhhh.....sedeyyy beb! Pada aku yg bukan senang gaks nak beli menda2 alah yg mahal ni, sedeyy la for her..tapi i just gotto know that the worst thing is she lost many photos in it too which she still hasn't downloaded it! aduhhhhh kali kedua. Hilang camera tu insyaallah boleh dibeli bila ada duit, tp tang gegambo kalau depa gi travel merata tuh..tiada gantinya! yerlah mana nak sangka kan....hrmm..sunggoh la kena redha jer....kita ni, kalau dah takdir Tuhan nak amik apa2 memory dari kita ni, mmg ianya akan terus jadi jer...Moral of the story (at least for me), gegambo dalam camera tu cepat2 ler donlod simpan, we just never know what could happen..and come to think of it, ok gaks kan kalau yg donlod simpan kat fb tu, at least ada back up gaks situ kan.